Jumaat, 13 November 2009

SELAMAT BERCUTI SEMUA

hari ni exam dah abis s0 aku pn enjoy ar sperti yang aku ckap smalam. Cuti nanti korang nak buat apa?? aku nak keje..hohoho tp tak tahu nak keje apa lgi.. Sebelum 2 nak relex2 dulu kat umah. Rindu betul kat Umah aku 2 terutamanya orang kat dalam umah 2.. mak, abah, dan adik-adik. Tunggula kepulangan anak Mu ni..

Khamis, 12 November 2009

EXAM OHH EXAM

salam dan selamat malam

esok hari last aku exam.Tak sabar2 nak habiskan exam ni pas tu boleh la kite enjoy!!!! 2 org roommate aku dah habis exam. enjoy sakan diorg.. kuar kuantan smpai skarg tak balik2 lagi. aku esok merdeka la. esok exam OSH(occupational safety and health). Exam yang palaing susah stakat ni MATH. aku buat semua tapi tak tahu la betul ke tak.. harap2 lulus ar. XnAk repeat kertas. esok habis exam, nak pi jalan2 kt umah mak angkat aku sebelum balik besut. Nanti merajuk pulak family angkat aku tu..hehehe. aku balik Besut 14hb ye. So kl0 blog tak sempat nak upadate jangan mare.. aku akan cube update setiap minggu..bbye

Khamis, 5 November 2009

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM 'yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '



KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH


1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyuyang Allah turunkan kepada Jibrail.


2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)


3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.


4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.


5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.


6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19(QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '


7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '


8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.


9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.


10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.


11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

PERKHEMAHAN BRIGED SISWA

ni la tempat aku dgn kawan2 aku buat aktiviti waterconfident..
2 kali kena buat...huhuhu
Ini adalah Sungai Pahang



muka-muka hensem dan cute..hehehehe
dah hbis la camp...