Khamis, 17 Oktober 2013

Astaghfirullah - Hafiz Hamidun ( Zikir Terapi Diri )

assalamuaikum... aku nak kongsikan satu zikir yang aku rasa sgt2 best dan menusuk kalbu.. MasyaAllah...

Sabtu, 17 November 2012

Keajaiban di peperangan Gaza

Subhanallah..Allah Akhbar......
Keajaiban di peperangan Gaza

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!

p/s : semoga sahabat2 kita di gaza kuat dan tabah mengadapinya... israel telah melancarkan serangan pada awal muharam dan mereka tidak akn berhenti selagi mereka tidak berjaya memusnahkan seluruh penduduk gaza dan palestien...

Ahad, 25 Mac 2012

Adakah cinta memerlukan Sebab ?? TIDAK!!!!!



Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. 

Ini dialog mereka ;

Isteri :
 Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

 
Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..



Oleh itu, CINTA tak memerlukan SEBAB!
Tapi penting untuk kita tahu SIAPA sebenarnya yang patut kita CINTAI
Tanamkan rasa CINTA pada ALLAH & RASUL baru la CINTA pada HAMBANYA.
InsyaALLAH ;)

Rabu, 14 Mac 2012

kehilangan seseorang yang benar-benar mencintainya

Seorang jejaka melamar seorang perempuan. Tapi hasratnya ditolak. Cintanya bertepuk sebelah tangan. Tapi dia tak sedih.

Lalu kawannya bertanya: Kenapa kamu tidak sedih?

Jejaka tersebut menjawab: Mengapa patut aku bersedih? Aku hanya kehilangan seorang perempuan yang tak pernah mencintai aku, sedangkan perempuan itu kehilangan seseorang yang benar-benar mencintainya..

Ahad, 26 Februari 2012

Tahun BaRu 2012

Salam... lama tak post somethng dlm blog nie...kebusyan dan xde idea nk story. Tahun baru pon dah lama masuk. Untuk Tahun baru nie semakin mencbar rasanya dengan PSM(Projek Sarjana Muda) yang aku sndiri xtau tajuk pe nak buat..huhuhu... serius dah xleh main2 dah... permulaan thun br nie gak ada azam baru... ada 4 azam dan alhamdulillah 1 azam aku dah tercapai. zam beli Motorsikal. Semlm baru ak dpat Motor tuh. Alhamdulillah motor tuh ok wlpon second Hand je cume ada bbrp mslah ckit tp insyallah akan disettlekan secepat mungkin...
nie la motor saya...
insyallah azam kedua pon akn tercpai tak lama lg...hope  tahun 2012 ni akan membwa byak kegmbiraan berbnding thun2 yg sudah...hehehe...ap2 pon peace no war k....

Khamis, 13 Oktober 2011

Peliknya Manusia

PELIK
YA, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

 PELIK
YA, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

PELIK
YA, betapa lamanya satu jam berada di masjid tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di pawagam.

PELIK
YA, tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang berkali-kali.

PELIK
YA, dengar iklan jualan murah dalam TV, rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

PELIK
YA, pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi tapi masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi.

PELIK
YA, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan, saat berdoa atau solat tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

PELIK
YA, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bacaannya lama dan panjang.

PELIK
YA, rasa susah sungguh untuk habiskan al-Quran walau satu halaman tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

PELIK
YA,
ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

PELIK
YA, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gosip.

PELIK
YA, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mel internet SMS, MMS tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran.

PELIK
YA, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam e-mel tapi bila berpesan yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.

Ahad, 8 Mei 2011

UNTUK MAK TERSAYANG


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua..Pertamanya saya dengan besar hati ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat  ibu tercinta Jahalia Binti Matali. engoh sayang ma sampai bila-bila..=)

Walaupun pelbagai nama sering kita ungkapkan kepada ibu kita seperti emak, umi, mummy dan apa saja, tapi hari ibu tetap jugak disambut oleh emak mahupun umi. Sebenarnya setiap hari adalah hari ibu bagiku..Tapi kalau tak salah saya, hari ibu disambut setiap tahun diseluruh dunia pada hari ahad minggu ke 2 pada bulan mei. Makanya, jangan tunggu hari ni saja kita call mak kita dan wish selamat hari ibu..Sebaik2nya, walaupun kita berjauhan, kita kena cal sekurang-kurangnya 1 kali sehari..


Doa Untuk ibu tersayang…

Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.


I LOVE U MOM... SAYANG KAT MA SANGAT2... MISS U MOM...