Khamis, 13 Oktober 2011

Peliknya Manusia

PELIK
YA, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

 PELIK
YA, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

PELIK
YA, betapa lamanya satu jam berada di masjid tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di pawagam.

PELIK
YA, tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat dah rasa jemu tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang berkali-kali.

PELIK
YA, dengar iklan jualan murah dalam TV, rasa tak sabar-sabar nak pergi beli-belah tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

PELIK
YA, pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi tapi masjid dekat dengan rumah rasa berat pula kaki nak melangkah pergi.

PELIK
YA, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan, saat berdoa atau solat tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

PELIK
YA, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bacaannya lama dan panjang.

PELIK
YA, rasa susah sungguh untuk habiskan al-Quran walau satu halaman tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

PELIK
YA,
ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

PELIK
YA, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah tapi mudahnya orang menyertai dan menyebarkan gosip.

PELIK
YA, kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mel internet SMS, MMS tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran.

PELIK
YA, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam e-mel tapi bila berpesan yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.