Rabu, 28 Oktober 2009

JAMUAN HARI RAYA

P03 and p04

tengah makan pun leh abik gambar..hehehe
makan nasi minyak

bersama dgn lec En Hamzah.. lec principle of managment


nilah geng En ahmad...hahaha
aku,Murni,Sya,Mimie

Selasa, 27 Oktober 2009

MINGGU TAMADUN ( TITAS )

Jalan-jalan sekitar sekolah.. Depan aku tu cikgu...

My Sect P03

My group and roy...

ni lah sekolahnyer...

Aktiviti bermula!!!

cantik x laman sekolah ni????
P03 dengan murid tahun 4,5,6

nilah murid setiap 1 kelas dan 1 tahun

Dilaman herba


Salam dan hai... selamat bertemu kembali.
3 minggu yang lepas iaitu pada 8hb 10 2009 sect aku iaitu sect P03 telah membuat satu program untuk minggu tamadun. Kami telah membuat program kat SK Tasik Chini di Perkampungan Orang Asli. Aku telah bertindak sebagai AJK Penyelaras prgm. Prgm kami bermula pda kul 12 tgh hr.Pda kul 9 pg kmi telah berkumpul di Kafe dan pda kul 10 pg kmi menaiki bas utk bertolak ke tmpat prgam. Dalam kul 11 kmi sampai dan kami membuat persiapan terakhir utk prgm tersebut. prgm kami bermula pda tepat pda msanya iaitu kul 12 tgh hr.

Mula-mula kami melawat kawasan sekitar sekolah tersebut diiringi oleh cikgu yang ditugaskan. Selepas itu kmi berhenti mekan dan solat. Program seterusnya bermula pda kul 1.30 dimana kami mulai prgm dgn memperknlkan dri msing yg diketuai oleh Ina ( ketua AJK Sukaneka). Perserta kami seramai 32 org shaja dan hanya 6 murid yang beragama islam. sSeepas itu kami membahagikn mereka kepada bebrapa kump dan aktiviti pertama kami ialah mencipta track mark kump,dimana stiap kump perlu ada trackmark sndiri untuk mengambarkan identiti kump masing-masing.Setelah itu mereka perlu menbentangkan trackmark mereka di hadapan kump lain.

Aktiviti kedua salah sorg dari rakan mereka dalam kump ditutup mata dan hendaklah memecahkan belon yang berwarna kuning. Ini memerlukn krjasama antara ahli kump. ahli kump lain perlu menberitahu rakan mrka dimana arah belon wrna kning dan hndklah mmecahknnya dgn mmgunakan kaki. aktiviti ketiga pula adalah aktiviti sukaneka iaitu aktiviti memancing botol, dan lontaran kasih sayang. Abis baju murid bsaah smasa aktiviti lontaran ksih. Setelah selesai semua aktiviti kami kembali semula di dewan untuk aktiviti sampingan seperti chicken dance,poco-poco dan lagu gemuruh dan semua aktiviti ini selesai kul 3.30pm.

Selepas itu majlis penutup dirasmikan oleh guru Hal Ehwal Murid. Kami semua bertolak blaik ke UMP pada kul 4.15p.m. Semasa perjalanan balik kami ingin singgah ke TSik Chini namun xkesampaian sebab jlaan agak tidak sesuai untuk bas kami, tapi ia merupakan 1 pengalaman yang menyeronokan dan ksmi enjoy disana.Murid sekolah sana agak pemalu namun mmberi kerjasama yang diharapkan.Ianya juga memberikn kami ilmu untuk bergaul dengan golongan orang asli..
sekian..hehehehe

Isnin, 26 Oktober 2009

Kasih Sayang Adik dan Kakak

www.iLuvislam.com
by: meezwan

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. "Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!" Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"


"Tapi apalah maknanya bang... !" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg... .sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" "Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. "Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat... ..

"Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah. Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" "Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?" Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. "Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. "Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. "Tak... .Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi... aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. "Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik. "Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk. "Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?" Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya... ."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.


"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar." "Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Cerpen ni Best giler.. smpai menitis air mata aku..
dptkan kte menjadi seperti adik dalam cerpen di atas..
renung2kanlah.. kasih sayang tak dapat dibeli dimana-mana dan tak dapat dijual dgn wang ringgit..


Sabtu, 24 Oktober 2009

Faci kt Sk Purun 5/9/2009

tengah makan utk kali kedua..hehehe

berbuka puasa ni...

on the way nk pi bazar ramadhan...


SK Purun..

nampak x?? tengah mengajar 2..hehehe

aku dengan adik-adik angkat aku..


Salam and good evening..

Ni first time ak pi SK Purun kt Felda Purun.. Ak ikut prgam yang dibuat oleh kelab insmartive..Masa 2 bulan pose 5/09/2009. best tau kt sana. Ckgu2 diorg baik2 belaka.. Satu pengalaman yang x mungkin dilupakan.. Kami tinggal disna 2hari 1 malam.. Tidur kt sekolah tu la. Mula2 smpai dlm kul 10.30pg diorg smbut ak dan geng2 faci yg lain.. Pas 2 berkumpul kt kantin sekolah.. Sekolah dia blh tahan la jgk.. Pas 2 mbahagian adik adik angkat dan ak dpt 3 org adk lelaki.. Hisyam,Hafiz dan Fazli.. Diorg bertiga ni baik giler.. ak diminta mngajar diorg MATH,Bi,SC and BM penulisan.. First time la ak jadi ckgu..b0leh la nk mngajar diaorg 2.. Ps abis sesi pemblajaran ktorg solat dan tadarus Al-Quran.. Dlm kul 5 ptg ktorg pi bazar ramadhan. Kat sana ar jpe mak hafiz dan keluarga dia.. Kt sana mcm2 bli smapi muat tangan dan dlm kul 6 lbh kami semua blik ke sekolah. Kemudian ktorg bersiap utk berbuka puasa tp kteorg slat mhgib dl sblm mkan makanan berat.. Time 2 la mcm2 mkn.. smpai makanan yg dibeli smasa kt bazar xabis.. Ps 2 kteorg solat terawih dan menyediakan sedikit movie maker kt diorg yg mnyiarkn gmbar2 smasa prgm berlangsng.. Akhrnya dlm kul 11 lbh prgm tmat dan pljr2 blik umh smbil di iringi oleh kteorg akk2 and abg2 faci.. Ps diorg blik kteorg kne hbiskan mkanan yg berlebihn 2.. smpai senak perut dibuatnyer.. tapi smuanyer best dan sporting2 belaka..


Pengalaman yang best dan menarik..hahahaha




Jika aku jatuh hati….

Jika aku jatuh hati….

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya
padaMu, agar bertambah
kekuatan untuk menyintaiMu

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
Yang hatinya tertaut padaMu agar tidak
Terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak
Berpaling daripada hatiMu

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang
merindui syahid di jalanmu

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihmu, janganlah kenikmatan
Itu melebihi kenikmatan indahnya
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMU..

Ya Allah jika aku jatuh hati
pada kekasihmu, jangan biarkan aku
bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..

Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan
aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepadaMu...Amin...

Doaku… moga kita bersama –sama
Berjaya didunia dan akhirat…
Berjaya dalam mengharungi segala
Dugaan dan cabaran yang sememangnya
Menguji kekuatan iamn...
Kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta
Yang selama ini telah hilang…

Semoga cinta yang dicari telah ditemui...
Semoga Allah meletakkan kita di bawah
Payung rahmat kasih Nya…

Insya Allah…..