Jumaat, 20 Ogos 2010

tentang mereka...


tentang mereka.... 
     Sesungguhnya mereka tetapi menjadi antara insan tersayang..kerana mereka telah memberikan aku satu kenangan yang terindah dalam hidupku.. terlalu banyak kenangan dengan mereka walaupun pada akhirnya berlaku sesuatu... dan setelah dua tahun berlalu akhirnya hubungan berlalu begitu sahaja.

tentang mereka.....
 Kamu,kawanku.... telah jauh dari hidupku namun aku masih mencuba menjalinkan hubungan kita agar ia kembali bertaut seperti dahulu.. entah mengapa dirimu masih lagi ku anggap sbagai kawanku walaupun telah banyak kali dirimu menghina,mencaci diriku, namun hati ini masih lagi degil.. 
   Setelah dua tahun berlalu semenjak aku memasuki universiti, dirimu masih selalu dalam ingatan ku,dan aku selalu bertanya khabar tentang dirimu dari kawan-kawan kita yang mengenali dirimu. Masih ku teringat tentang dirimu dengan kakakmu, sesuatu yang terindah.
  Tetapi perjalanan hubungan kita yang selama ini menyepi kerana aku masih merasa dirimu marah padaku telah berakhir. Tarikh lahirku menjadi tarikh yang akan aku ingati selamanya 24.7.2010. kita bertemu di tempat dirimu belajar,tanpa aku sangka dirimu sudi menerima pelawaanku. Tidak dapat digambarkan perasaanku bahawa dirimu sudah kembali seperti dahulu. ku harap ukuwah yang kembali terjalin ini akan kekal selamanya..

Tentang mereka...
   Kawanku... aku meminta maaf kerana telah menyebabkan banyak perkara yang berlaku dalam hidupmu. kenangan tentang dirimu sehingga kamu masih menjadi seseorang yang amat aku sayangi. mengetahui tentang dirimu, 'kamu sihat' membuatkan hati ini terasa lega. Namun jika ada yang merungsingkan dirimu,diriku turut terasa.
   Kawanku @ kakak... aku baru terbaca tentang sesorang yang pernah mengisi ruang hidupmu. Bertapa marahnya dia terhadapmu,seolah-olah  aku merasa sakitnya hatimu ketika itu. Ucapan ku,aku harap engkau bersabar. segalanya adalah ketentuan diriNYa. ketahui la aku sentiasa ada disisi mu sahabatku yang dahulunya adalah kakak tetapi kini aku menganggap dirimu sahabatku. semoga engkau tabah dan sabar.

    Kedatangan dirimu ke sini amat aku hargai,tidak dapat digambarkan bertapa gembiranya aku ketika itu. walaupun sekejap namun cukup bererti. Ku harap agar hubungan kita terus kekal untuk selamanya. semoga dirimu sentiasa berada di dalam rahmatnya..

tentang mereka..
   
nukilan isi hati dari ^detik hidupku^

Tiada ulasan: